Monday, 16 April 2018

Doa Sebelum Bersetubuh.

Assalam semua.

Hari ni nak kongsi sikit doa untuk para suami dan isteri..  Mungkin ramai yang dah tahu doa ni.

Untuk yang belum tahu, boleh diamalkan. Semoga zuriat kita nanti adalah zuriat yang soleh dan solehah,  yang patuh pada Allah dan rasul serta ibubapanya.

Doa ini dibaca sebelum hendak jimak. InsyaAllah syaitan tak dapat nak ikut jimak sekali dengan isteri kita.

Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam : “Jika diantara kalian berjima, seraya berdoa wahai Allah jauhkanlah syaitan dari kami, wahai Allah jauhkanlah syaitan dari anugerah yang akan Kau berikan pada kami. Maka jika ditentukan bagi mereka anak, tak akan di perangkap syaitan selama-lamanya ” (Shahih Bukhari)


Semoga bermanafaat kepada anda. 😊



➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Terima kasih tuan kerana sudi layari laman kami. 😊🙏

☑️ E-BOOK. PERCUMA‼️ 😊

Jika tuan berminat nak dapatkan ebook percuma berkaitan hubungan suami isteri dan petua-petua orang lama, tuan boleh download dalam link dibawah.

Kami juga akan kongsikan info bermanfaat tentang hubungan suami isteri dan update terkini dari masa ke masa dalam channel ni. ⬇️⬇️⬇️


Mudah-mudahan bermanfaat. Terima kasih tuan. 😊👍







Thursday, 8 February 2018

9 TIPS UNTUK SUAMI LAMA BERTAHAN


Jika ada masalah di kamar tidur, usahlah dipendam. Anda harus mengambil langkah bijak dengan berbincang dengan pasangan anda mengenainya. Sebagai contoh, perasaan malu kerana tidak mampu ‘bertahan lama’. Selain perbincangan berhemah dengan pasangan anda,

Anda boleh mencuba beberapa tip untuk mengekalkan stamina ketika di ranjang. Entri kali ini berkaitan 9 tips tahan lama di ranjang.

1. NIKMATI HUBUNGAN INTIM
Hubungan diranjang seharusnya dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut dengan melakukan secara perlahan dan tidak terlalu gelojoh atau terlalu pantas. Kegelojohan hanya akan menyebabkan klimaks yang terlalu awal.

2. TENANG
Tidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan. Jika anda tergesa – gesa pasti akan datang inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan intim.

3. KAWAL PERNAFASAN
Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami pancutan atau ejakulasi pramatang.

4. BERSENAM
Lelaki yang bertubuh kurus atau mereka yang kurang mempunyai lemak badan lebih tahan lama ketika bersetubuh. Bagi yang bertubuh gempal, amalkan senaman dan kerap berjalan supaya badan akan menjadi lebih sihat. Seterusnya meningkatkan daya tahan ketika bersetubuh.

5. KERAP TUKAR POSISI
Kekal dengan hanya satu posisi akan membuatkan badan cepat terasa letih lantas menyebabkan lelaki cepat untuk menyelesaikan hubungan intim tersebut. Kerap tukar posisi supaya otot dapat berehat seketika dan rasa kemuncak akan reda semula. Dengan ini, hubungan ranjang akan berlangsung lebih lama.

6. REHAT 30 SAAT
Ketika saat puncak, keluarkan zakar dari alat sulit pasangan selama 30 saat sambil menikmati tubuh badan isteri dan seterusnya mulakan kembali. Proses ini akan memanjangkan lagi daya tahan anda.

7. LUPAKAN MASALAH
Bagi mendapatkan hubungan yang lebih seronok dan tahan lama, elakkan daripada memikir sebarang masalah ketika mengadakan hubungan intim. Ini kerana ia akan mengganggu konsentrasi ketika hubungan intim lantas menyebabkan pancutan awal.

8. FOKUS KEPUASAN BERSAMA
Lelaki yang inginkan hubungan intim tahan lama seharusnya fokus terhadap kepuasan diri dan pasangan dengan cara lebih menikmati tubuh badannya. Elakkan dari hanya memikirkan kepuasan diri sahaja kerana ia akan memaksa diri untuk cepat klimaks.

9. GUNAKAN BANTUAN
Untuk bertahan lama memerlukan latihan yang berterusan disamping mengekalkan stamina.  Pilih bahan bantuan yang lulus Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yang dirumus secara organik dan bahan semulajadi yang bebas kimia atau bahan terlarang.


Semoga bermanfaat kepada anda yang sudi membaca.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖


Terima kasih tuan kerana sudi layari laman kami. 😊🙏

☑️ E-BOOK. PERCUMA‼️ 😊

Jika tuan berminat nak dapatkan ebook percuma berkaitan hubungan suami isteri dan petua-petua orang lama, tuan boleh download dalam link dibawah.

Kami juga akan kongsikan info bermanfaat tentang hubungan suami isteri dan update terkini dari masa ke masa dalam channel ni. ⬇️⬇️⬇️


Mudah-mudahan bermanfaat. Terima kasih tuan. 😊👍






Sunday, 14 January 2018

Perbezaan air Mani, Mazi dan Wadi.

Air Mani.
Air mani berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ) dalam bahasa Arab bermaksud terpancut. Dinamakan mani kerana keadaannya yang keluar dengan cara memancut, warnanya putih dan pekat.

Firman Allah SWT:
خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ
Maksudnya: “Diciptakan manusia dari air mani yang terpancar.”
(Surah Al-Tariq: 6)

Ataupun cecair ini keluar dengan rasa lazat dengan diiringi lembiknya zakar dan merasai kepuasan syahwat selepasnya, sekalipun ia tidak memancut kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titisan sahaja, atau keluar seperti warna darah kerana terlalu kerap melakukan jimak.

Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering.

Wajib mandi mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita.

Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan ada satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan mani. Mani adalah bersih, mani wanita berwarna kekuningan, halus dan kadang-kadang ia berwarna putih.


Air Mazi.
Air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari.

Mazi lelaki dan wanita adalah sama, wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (mani adalah air kemuncak syahwat).

Mazi mempunyai sifat-sifat air mani seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali Karramallahu Wajhah di mana beliau berkata:
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”
[Hadis ini adalah sahih diriwayatkan oleh Abu Daud: 1/47, Al-Nasaie: 1/93, Imam Al-Bukhari meriwayatkan maknanya seumpama hadis di atas: 1/105 (no 266), Muslim: 3/212 (no 303)]


Air Wadi.
Air wadi iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerupai mani dari sudut kepekatannya dan tidak sama seperti mani dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing dan ketika mengangkat sesuatu yang berat.

Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya kerana tiada sebab dari sudut syarak yang mewajibkan mandi kerana yang diwajibkan mandi ialah keluar mani sahaja.

Rujuk al-Mu’tamad: 1/131-132, Mughni al-Muhtaj: 1/69, Al-Muhazzab: 1/116, Al-Majmu’: 2/148, Al-Hawi: 1/255, Al-Anwar: 1/50.

Wallahua’lam.

Kredit laman web muftiwp.gov.my.
Semoga dapat memberi sedikit ilmu berguna kepada anda. 😊